Perkataan sauna berasal dari perkataan purba bahasa Finland. Sauna juga mengambarkan cara mandian orang-orang Finland dulukala. Mandian sauna ini biasanya dilakukan oleh orang-orang Finland diwaktu musim sejuk. Mandian sauna juga dilakukan untuk mencantikkan kulit dan kesihatan dalaman.
Sauna yang pertama didunia dibina oleh orang-orang Finland. Sauna terawal dibina dengan cara menggali lubang ditanah dan batuan dimasukkan kedalam lubang dan dibakar. Kemudian dituang air untuk memadamkan api. Kesannya, akan terhasil wap panas yang boleh mencecah sehingga 80 darjah Celcius. Wap panas ini akan berterusan sehingga berjam lamanya.
Diantara kurun ke5 dan 8, orang-orang Finland telah membina sauna dalam bentuk rumah kayu.
Rumah Sauna DiFinland
Pondok atau rumah kayu didirikan tanpa serombong asap dan kayu pula mula digunakan sebagai bahan yang dibakar menggantikan batuan. Pembakaaran kayu dalam ruang tertutup menghasilkan wap panas dan juga aroma kayu yang menyegarkan. Bagi orang Finland, aroma yang terhasil dari pembakaran kayu-kayu terpilih adalah menyegarkan dan menenangkan.Teknologi sauna ini terus diperbaiki dari masa ke semasa mengikut peredaran zaman dan sauna menjadi salah satu elemen penting dalam kehidupan harian orang-orang Finland.
Kini sauna telah boleh digunakan oleh segala lapisan masyarakat dunia. Orang-orang Finland yang berhijrah ke negara luar telah membawa bersama tradisi sauna ini dan mengamalkannya. Penduduk dunia terutama mereka yang diAmerika Utara, Amerika Selatan dan negara-negara Eropah mula mengenal dan mengamalkan sauna sebagai salah satu amalan penjagaan kesihatan dan kecantikan kulit.
Bilik Sauna Dahulukala DiSerbia